Monday, June 23, 2008

Kisah Angsa Emas dan Petro Nasional

Alkisah ,
Bergegar seketika media dan Tempat Sidang pasal satu-satunya Angsa Emas Negara.

Sejak harga telur emas dah meningkat dan ramai yang telah merasai kehilangannya maka berebut para rakyat mempertikaikan
si Angsa Emas ini.

Kenapa si Angsa Emas tidak memberikan kesemua telur emasnya pada setiap rakyat jelata yang sudah mencapai hampir 23 billion orang?

Kenapa si Angsa Emas tak mahu bertelur lebih dari sebiji setiap hari?

Kenapa si Angsa Emas tak bertelur lebih dari sebiji malah semakin hari semakin kurang?


Ada juga yang sanggup mahu mengeluarkan pisau dan parang ingin membelah perut si Angsa Emas ini kerana mahukan penjelasan.

Apa yang aku takut ialah berakhirnya riwayat si Angsa Emas ini.Maka akan terloponglah setiap rakyat jelata.

Fikir-fikirkanlah...

Atira
23.06.08 9.49mlm

Saturday, June 21, 2008

Mengapa Perlu Kita Bersengketa?

Alkisah,

Aku melayari internet hampir setiap malam sejak beberapa bulan dahulu.
Aku menjengah hampir kebanyakkan blog, forum dan website.
Aku dapati hampir 70% blog,forum dan website penuh dengan "persengketaan".

Duhai bangsaku usahlah bersengketa lagi. Andai gajah sama gajah yang bertarung semut dan pohon-pohon kecil akan musnah jua....

Sengaja aku selitkan lagu Warisan yang pernah membakar semangatku dulu...

Bacalah setiap bait dan fahamilah...fikir-fikirkan

-------------------------------------------

Lagu Warisan


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

------------------------------------------

Bagaimanakah andai "kuasa" juga tidak ada pada kita?


Atira
21.06.08 1.31am

Thursday, June 19, 2008

Harga Minyak Naik vs Barang Naik Harga!

Alkisah,
Termangu aku bila pulang dari pasar malam semalam.Duduk terkedu aku memikirkan kenaikan harga makanan kat pasar malam .

Macam biasa aku akan mencari antara makana "favorite" aku murtabak.

Murtabak dah naik 2 kupang . Dulu cuma 1.50 kini dah 1.70. Sate pun dah naik secucuk 5 duit. Biasa aku beli duapuluh cucuk. Dulu cuma 5.00 kini dan 6.00. Ada juga yang jual 20 cucuk 8.00!

Itu baru sedikit dari harga makanan kat pasar malam. Bagaimana kat kedai makan? Restoren?

Tapi alhamdulillah, harga ikan, udang dan sayur masih berada dibawah harga yang munasabah.

Cuma bila difikirkan , kenapa barang makanan naik harga ? Kenapa peniaga makanan naikkan harga ?

Alasan dek harga minyak naik?

Secawan teh tarik dulu cuma 6 kupang. Kemudian naik ke 7 kupang malah ada juga ke 80 kupang.

Pada masa tu aku boleh terima pasal harga susu dan gula naik.

Kini harga gula dan susu belum lagi naik. Si pembuat teh tarik dah ada yang menaikkan harga sekupang hingga 2 kupang.

Kata mereka minyak naik harga. Atau cuma mengambil kesempatan?

Apa kaitan minyak petrol dengan teh tarik?

Tatkala harga gula dan susu naik mereka akan menaikkan lagi harga!

Orang ramai dah memekik takut kenaikan harga makanan termasuk aku.

Kerajaan Tanah Pusaka tak mampu mengawal kenaikan harga makanan.

Bagi para peniaga kalau boleh janganlah mengambil kesempatan atas kenaikan harga minyak dengan menaikkan harga makanan. Kalau betul bahan asas makanan naik tak apalah.....


Atira
20.06.08 9.43pagi

Mencari titik tolak rasional kenaikan harga minyak!

Alkisah, gegak gempita tanah pusaka dek kenaikan harga minyak. Aku insan yang kerdil ini padamulanya menjerit kegeraman

Apa dah jadi dengan Barisan Pusaka?

Memikirkan nasib aku yang cuma mampu memiliki sebuah motor kapcai...alahai..minyak naik! Aku pun nak naik minyak juga!

Tapi fikiranku masih boleh berfungsi. Walaupun cuma lulusan SPM dan tak punya skrol menara gading ,aku masih waras...

Dalam mencari kebenaran aku terus membaca dan mencari titik tolak rasional kenaikan harga minyak .

Kenapa?

Mengapa?

Namun akhirnya aku mencapai kata sepakat kepala otak aku yang kecil ini.

Sememangnya ada benarnya kerajaan tak lagi memberi subsidi minyak kepada rakyatnya termasuk aku.

Yah...memang wajar bagiku...

Apa dia subsidi?

Siapakah yang layak untuk mendapat subsidi?

Perlukah orang-orang kaya raya mendapat subsidi?


Kadang kala kita tidak berfikir panjang atau bertindak melulu bila kerajaan tanah pusaka melakukan sesuatu program atau tindakan yang anti-rakyat. Tetapi anti-rakyatkah tindakkan kerajaan tanah pusaka ini bila tidak lagi memberikan subsidi kepada rakyat jelata khasnya sikayaraya?

Subsidi sepatunya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak! Siapa?

Patutkah orang kayaraya menerima subsidi?

Dulu waktu harga minyak cuma 1.70 kupang ,kerajaan tanah pusaka telah memberikan subsidi sebanyak 1.00 lebih kurang kepada setiap pengguna yang mengisi minyak. Setiap pengguna!!!! Termasuklah orang kayaraya,penyeludup minyak dan tokeh besar-besar!

Aku melihat begini,

Andai kata seorang tokeh besar yang mempunyai 3 buah kereta mewah . Sebiji kereta mewah boleh diisi anggaran 100 liter penuh minyak. Si tokeh besar ini pula menggunakan setiap 100 liter untuk seminggu(anggaran) . Sebulan bermakna si tokeh besar ini telah menggunakan 400liter minyak dan di darab dengan 3 buah kereta bersamaan 1200liter minyak.

Si kerajaan baik hati pula sanggup memberikan subsidi sebanyak 1.00 bagi setiap liter minyak yang dipakai . Ini bermakna sitokeh besar dan sang kaya raya telah mendapat habuan sebanyak 1200.00 duit kerajaan al hatta duit rakyat.Setahun?

Itu baru seorang tokeh besar!

Sedangkan seorang rakyat yang berpendapat sederhana ,cuma memilikki sebuah kereta usang kecil.Tangki penuh hanya mampu menampung 70 liter minyak X dengan seminggu X sebulan = 280liter, hanya mendapat subsidi cuma 280.00 sebulan?

Aku pula cuma mampu dengan motor kapcai . Agaknya berapa subsidi untuk aku?

Baik hati sungguh kerajaan tanah pusaka yang melebihkan golongan kayaraya dari golongan seperti aku!

Kini aku berpuas hati (walaupun tak sepenuhnya) kerana harga minyak naik.

Aku puas hati pasal kerajaan tanah pusaka tak lagi memberikan subsidi pada orang kayaraya dan tokeh besar.

Tindakan kerajaan tanah pusaka memberikan rebet pada kereta berkuasa 2000cc kebawah dan juga motor kapcai amatlah aku sokong.

Walaupun bagi aku taklah mencukupi tapi oklah..

Namun aku memikirkan adalah juga cadangan lain yang boleh dibuat oleh kerajaan tanah pusaka untuk menyalurkan subsidi agar rakyat yang sepatutnya menerima bantuan.


Antara yang aku fikirkan ialah:

1) Berikan elaun khas minyak kepada kakitangan sokongan dan bawahan.. . Ini lebih baik dari rebet minyak.

2) Untuk pihak swasta pula ,kerajaan tanah pusaka kenalah melepaskan "tanggungan" dengan mengalakkan pihak swasta memberikan elaun khas minyak pada kakitangan bawahan mereka . Jangan pulak diberi pada yang tak layak.Lepas tu kerajaan tanah pusaka bolehlah memberikan insentif khas seperti perlepasan atau pengurangan cukai syarikat dan sebagainya sebagai insentif untuk tujuan tersebut.


3) Memberikan gaji minima lebih tinggi yang sepatutnya kepada pekerja tempatan .

4) Berikan insentif kepada pengeluar kereta dan motor buatan tanah pusaka khasnya untuk kereta di bawah 2000cc dan motor kapcai melalui perlepasan atau pengurangan cukai agar kereta / motor buatan tanah pusaka menjadi murah dan taklah pengguna seperti saya menanggung hutang bank yang tinggi. Ini lebih baik dari subsidi minyak!Bayangkan kalau bayaran sebuah kereta Waja cuma RM300 sebulan!

5) Memberikan insentif atau pengurangan cukai kepada pembuat alat ganti kereta motor buatan tanah pusaka agar dapat membantu mengurangkan kos penyelenggaraan kenderaaan. Ini lebih baik dari subsidi minyak!

6) Memberikan perlepasan cukai pendapatan kepada pembeli kereta baru buatan tanah pusaka yang dibawah 2000cc.

7) Mengenakan cukai yang tinggi untuk kereta mewah tetapi mengurangkan cukai untuk kereta bukan mewah!


Rasionalnya:

Kerajaan tanah pusaka dapat mengiatkan lagi industri automobil negara. "Subsidi" diberikan juga tetapi melalui saluran yang betul.



Lalu bagaimana?

Entahlah ....

Siapalah aku nak memberikan idea bodoh ini kat kerajaan tanah pusaka?


Atira
20.06.08 2.15am

Secawan Kopi dan Segelas Teh Tarik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Blog ini merupakan blog peribadi saya.
Semua nukilan dan idea adalah datang dari saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak.
Saya juga tidak mewakili mana-mana jurusan politik dan fahaman.
Melihat pada kemelut negara kini, saya juga ingin meluahkan pendapat dan pemikiran saya , yah...pemikiran dari otak seorang insan kerdil yang tak punya apa-apa kepentingan dalam apa jua bentukpun.

Mungkin ada juga hasil buah fikiran saya boleh digunapakai atau mencetuskan sedikit sebanyak idea dan pemikiran dalam menjadikan diri kita dan negara kita yang tercinta sebagai suatu yang positif dan cemerlang.


Atira
19.06.08
6.45pm